Monday, November 19, 2012

Tahniah....

As'salam

Tahniah kepada semua adik-adik dan anak-anak didik yang berjaya mendapat keputusan UPSR semalam. Tahniah kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. 

Kepada mereka yang kurang memperoleh keputusan yang cemerlang, usah bersedih kerana ini adalah permulaan. Peperiksaan dan cabaran seterusnya akan makin bertambah. Masih ada peluang untuk berusaha dan memperbaiki kelemahan diri. Yang penting jangan cepat berputus asa atau berpuas hati dengan pencapaian setakat ini. Usahakan sehingga mencapai keputusan terbaik yang kamu boleh lakukan.

Tahniah juga kepada para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang mengambil UPSR, tahniah ini juga kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mengajar, berpeluh tubuh dan keringat memberi idea serta tekanan dalam mendidik anak didiknya supaya menjadi insan cemerlang.

Semoga keputusan ini memberi dorongan dan semangat untuk menjadikan karier kita sebagai guru lebih bermakna. Dengan keputusan ini juga berharap anak didik mendapat semangat baharu dalam menempuh pendidikan lebih tinggi dan mencabar.

sekian.

Wednesday, November 7, 2012

Musim Cuti Tiba Lagi

As'salam..

Musim cuti kini tiba lagi, pastinya waktu ini waktu kegembiraan bagi murid, pelajar, dan guru. Tidak kurang juga musim ini musim yang sibuk dengan pelbagai acara kenduri kahwin sana sini, berkhatan, dan asebagainya. Pastinya musim ini memeningkan ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak-anak jika terpaksa kedua-dua bekerja. Soal keselamatan juga penting dalam masa cuti ini.
Selain itu, musim hujung tahun juga merupakan musim banjir. Berwaspadalah jika kawasan kita dalam kategori yang selalu banjir. Anak-anak tanpa pemerhatian akan terdedah aktiviti bersama kawan-kawan 'main hujan'. Kata orang, beringat sebelum kena. Bila sudah terkena selamanya rasa derita.
Cuma menambah isu dalam blog.
Terima kasih.