Tatabahasa Melayu secara asasnya mencakupi dua bidang iaitu
morfologi dan
sintaksis.
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah
morfem.
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.
Morfem boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
- morfem bebas,
- morfem terikat.
Morfem Bebas;
- morfem bebas ialah morfem yang dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna seperti sekolah, cuti, periksa.
Morfem Terikat;
- morfem terikat ialah morfem tidak mempunyai makna tatapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata, dan seterusnya ayat. Ia berbentuk imbuhan seperti mem, per, kan, ber, dan sebagainya.
- mempunyai imbuhan sama ada pada awalan, akhiran, sisipan, atau apitan kata dasar.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2004),
Tatabahasa dalam Bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis.
No comments:
Post a Comment