Suatu falsafah telah digubal pada 1987 dan diperkenalkan pada 1988
iaitu Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Namun begitu, FPN ini telah
dimurnikan pada 1996 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Berikut adalah pernyataan FPK;
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”
Jadi, bagaimanakah keberkesanan yang terhasil daripada falsafah yang telah lebih dari sedekad diperkenalkan itu pada hari ini... Sekadar untuk kita fikirkan bersama.
Jadi, bagaimanakah keberkesanan yang terhasil daripada falsafah yang telah lebih dari sedekad diperkenalkan itu pada hari ini... Sekadar untuk kita fikirkan bersama.
perbuatan hari ini melambangkan diri kita di sana
ReplyDeleteterima kasih. betul. apa yg kita lakukan hari ini melambangkan apa yg bakal terjadi pada akan datang.
Delete