Perkataan Ganti Nama
ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Perkataan Gantinama ini
dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama
Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah
kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
2. Kata ganti
diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri
(pertama, kedua, dan ketiga);
(b)kata ganti diri
singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti
tempat; dan
(e) kata ganti tak
tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti
Diri Pertama
1.
Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang
yang bercakap.
2.
Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan
yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri
Pertama |
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
digunakan apabila
bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan
|
saya (tunggal)
|
digunakan apabila
bercakap dengan seseorang yang baru
dikenal atau dalam suasana rasmi
|
hamba (tunggal)
|
digunakan pada diri
sendiri pada zaman dahulu
|
patik (tunggal)
|
digunakan oleh rakyat
apabila bercakap dengan raja atau sultan
|
beta (tunggal)
|
digunakan oleh raja
atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
|
kami (jamak)
|
digunakan kepada diri
orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
|
kita (jamak)
|
digunakan kepada diri
sendiri dan menyertakan diri orang kedua
|
Gantinama Diri
Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak
Bentuk
|
contoh kata nama diri
pertama
|
tunggal
|
beta, patik, aku, saya
|
jamak
|
kita, kami, kita orang
|
Kata ganti nama Diri
Kedua
Kata ganti diri kedua
digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
Kata ganti ini boleh
dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti
berikut :
Bentuk
|
contoh kata Ganti Diri
kedua
|
Tunggal
|
tuanku, wak, kamu,
anda, engkau
|
Jamak
|
kalian
|
Kata Ganti Diri
Kedua |
Penggunaannya
|
anda (tunggal)
|
digunakan untuk diri
orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita
|
awak (tunggal)
|
digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
engkau (tunggal)
|
digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga |
tuanku (tunggal)
|
digunakan apabila
bercakap dengan sultan dan raja
|
kalian (jamak)
|
digunakan untuk
beberapa orang yang diajak bercakap
|
kamu (tunggal dan
jamak)
|
digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita
|
Contoh ayat yang
menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang
patuh
2. Kamu semua adalah
murid yang baik
3. Guru mencari
engkau.
4. Anda semua
dinasihati membaca soalan dengan teliti.
5. Tunku akan
bersiram sekejab lagi.
Kata Ganti diri
ketiga
kata ganti diri
ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti
mereka, beliau,
baginda hendaklah digunakan.
Kata ganti diri
ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk.
Bentuk
|
Contoh kata ganti diri
ketiga
|
tunggal
|
ia, dia, beliau,
baginda
|
jamak
|
mereka
|
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
digunakan untuk raja
dan sultan
|
beliau (tunggal
|
digunakan untuk orang
yang kita hormati, misalnya
ibu bapa, guru, dan
pemimpin
|
dia dan ia (tunggal)
|
digunakan untuk orang
yang umum seperti orang biasa dan rakan
|
mereka (jamak)
|
digunakan untuk orang
yang bilangannya lebih daripada seorang
|
Contoh ayat yang
menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai
pendiaikan
2. Mereka itu orang
India.
3. Beliau banyak
membantu penduduk di situ.
4. Ia diburu oleh
pihak polis.
5. Baginda sedang
bertitah di atas singgahsana.
6. Dia menolong
bapanya.
7 "Sekiranya
dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
8 "Sertailah
peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata
pengacara itu.
9 Wakil rakyat akan
merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi.
10 " tunggu di
sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada
pengikut-pengikutnya.
Ringkasan
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak / Jamak
|
Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami
kita
|
Diri Kedua
( Orang yang dilawan
bercakap )
|
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian
|
Diri Ketiga
( Orang yang
diceritakan halnya)
|
dia
ia
nya
beliau
baginda
|
mereka
|
Kata Ganti Tanya
1. Kata ganti tanya
ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat,
masa, bilangan dan
hal dengan maksud pertanyaan.
2. Kata ganti nama
pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal.
3. Digunakan untuk
membentuk ayat-ayat tanya.
Benda
|
Orang
|
Tempat
|
Masa
|
Hal
|
Bilangan
|
|
apakah
|
siapakah
|
manakah
|
bilakah
|
bagaimanakah
kenapakah
mengapakah
|
berapakah
|
|
Kata Ganti Nama
|
Penggunaannya
|
|||||
apa
|
digunakan untuk
menanyakan nama benda atau bilangan
|
|||||
siapa
|
digunakan untuk
menanyakan orang atau nama orang
|
|||||
mana
|
digunakan untuk
menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat
|
|||||
Contoh ayat
1. Bilakah engkau
pergi ke bandar ?
2. Mengapakah kamu
tidak datang semalam ?
3. Murid-murid di
dewan itu berapa orang ?
4. Nama pokok itu apa
?
5. Pemuda kacak itu
siapa ?
Kata Ganti Tempat
1. Kata ganti tempat
digunakan untuk mengganti nama tempat.
2. Contoh kata ganti
tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Tempat
|
Penggunaannya
|
sana
|
digunakan untuk tempat
yang dianggap jauh
|
sini
|
digunakan untuk tempat
yang dekat dengan orang
yang bercakap
|
situ
|
digunakan untuk tempat
yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana
|
Benda, orang, Binatang
|
ini, itu
|
Tempat
|
sini ( Digunakan
bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur)
sana ( Digunakan
bagi tempat yang dianggap jauh)
situ ( Digunakan
bagi tempat yang tidak begitu jauh)
|
Keadaan
|
begini, begitu,
demikian
|
contoh ayat
1. Ini langsat.
2. Itu kucing.
3. Pokok itu rendah
sahaja.
4. Kereta Proton Wira
ini cantik.
Kata Ganti Umum / Tak
Tentu
Kata ganti umum/ tak
tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya
seperti apa, siapa,
dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa.
Kata ganti umum ini
digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja.
Kata Ganti Nama
Penunjuk
Perkataan yang
digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara.
1. Kata itu dan
ini disebut sebagai kata ganti tunjuk
2. Fungsi kata ganti
tunjuk adalah sebagai:
(a) subjek
dan letaknya di depan kata nama. Contohnya:
i.
Ini komputer.
ii. Itu
rumah Sally.
(b) penentu dan letaknya
di belakang kata nama. Contohnya:
i. Kotak ini berat.
ii. Saya belajar di
sekolah itu.
Kata Ganti tak tentu.
1. Kata ganti tak
tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu
2. Contoh kata ganti
tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
Kata Ganti Umum / Tak Tentu
|
Ayat-ayat contoh
|
|
apa-apa
|
1. Entah apa-apa
yang dibawanya
2. Azman tidak
berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya.
|
|
Siapa-siapa
|
1. Tidak ada
siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja
boleh menjaksikan pertunjukan itu.
|
|
Mana-mana
|
1. Jangan ke
mana-mana , duduklah di sini sahaja.
2. Pilihlah
mana-mana pakaian yang awak suka.
|
|
Kata Ganti Tak
Tentu
sapa-sapa
mana-mana,
masing-masing,
seseorang,dan
sesuatu
siapa-siapa atau
sesiapa
|
Penggunaannya
digunakan untuk
benda atau hal yang tidak tentu
digunakan untuk
tempat atau benda yang tidak tentu
digunakan untuk
menggantikan orang yang tidak tentu
|
|
No comments:
Post a Comment