Perkataan
NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama
Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama
Khas
c) Kata
Ganti Nama
d) Kata Nama
Terbitan
e) Kata
bilangan
Nama Betul
Nama betul
dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.
Nama Am
Kata Nama Am
ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti
orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat ,
benda, dan sebagainya.
Dengan kata
lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia ,
orang
|
ayah,
perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam,
gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh-
tumbuhan
|
pokok,
betik, rumput, lalang dll
|
benda
|
pasir,
kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat,
pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
3. Kata nama
am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat
dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya
dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata nama
am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
5. Berikut
adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai ‑ buaian
tua ‑ ketua
raja ‑ kerajaan
tahu ‑ pengetahuan
Kata nama am
hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang
menjinakkan seekor gajah.
|
Pada akhir
ayat
|
Gajah itu
berbadan besar.
|
Pada awal
ayat
|
Kata Nama
Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang
khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang
bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda‑benda yang bernyawa ialah nama
manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat,
judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan
Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) a) benda;
misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) b) orang;
misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c) c)
binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d) d) tempat
; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya
huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei
Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok
(kucing),
Jalak
(ayam)
|
tempat
|
Muar
(daerah),
Seremban
(bandar),
Jepun
(negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya
(perhentian
bas
dan
teksi), Menara
Tun Razak
(pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga
(majalah),
Rentong
(novel),
Kamus
Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton
Perdana
(kereta),
Pilot
(pen),
Seiko (jam)
|
Perbandingan
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama
Am
|
Kata Nama
Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan
Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa
Melayu
S.K. Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak
lelaki
|
Doktor
Efendi
Puan
Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad
Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam
Belanda
Burung
Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung
Pasir Akar
Tasek
Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau
Kasturi
|
No comments:
Post a Comment