Wednesday, December 5, 2012

UPSR: BAHAGIAN A


PENGENALAN BAHAGIAN A KERTAS 012 BAHASA MELAYU
(MEMINDAHKAN MAKLUMAT )




  1. Dalam bahagian ini, murid diberi bahan rangsangan sama ada gambar tunggal, gambar bersiri, carta atau garaf, jadual, dan sebagainya.  Dalam gambar tersebut mengandungi pelbagai situasi.

  1. Murid perlu memahami bahan rangsangan yang diberikan dan memindahkan maklumat dalam gambar tersebut dalam bentuk ayat

  1. Maklumat yang diperoleh haruslah dikembangkan menjadi ayat yang sempurna.
  2. Jika banyak terdapat  maklumat, pilih maklumat yang penting sahaja.

  1. Tidak memberi pandangan peribadi terhadap situasi yang dipaparkan, sebaliknya nyatakan situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.

  1. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab bahagian ini ialah selama 15 minit dengan anggaran peruntukan masa tiga minit bagi setiap ayat.

  1. Setiap ayat yang lengkap akan diberi markah dan keseluruhan membawa 10 markah.



GAMBAR YANG DIBERIKAN DALAM BAHAGIAN A

  1. Gambar Bersiri
  2. Gambar Tunggal;
  3. Gambar Graf;
  4. Gambar Grafik / Rajah / Carta;
  5. Gambar Carta / Data.




Contoh Gambar Tunggal

Contoh Gambar Bersiri

 
PEMARKAHAN

  1. Pemarkahan sebenar untuk Bahagian A Kertas 012 Bahasa Melayu ialah 10 markah dan dinilai secara holistic oleh pemeriksa dan bukannya 2 markah untuk bagi satu ayat. Rujuk panduan skema pemarkhan di bawah

.

Penskoran

Kriteria

Cemerlang

  • Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik.
  • Menggunakan pelbagai kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.
  • Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.


Baik

  • Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik.
  • Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik.
  • Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.


Memuaskan

  • Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas, sesuai dengan bahan grafik.
  • Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.
  • Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.


Pencapaian Tahap Minimum

  • Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik.
  • Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan bahan grafik.
  • Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.


 
Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

  1.0  Pengenalan
  Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

    1.1  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan 
- Baca soalan dan fahami arahannya.
- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

    1.2  Memahami / meneliti situasi atau keadaan 
- Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
- Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.
- Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.
 
    1.3  Menulis ayat yang lengkap 
- Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.
- Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.
- Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

    1.4  Menyemak 
- Semak,  sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara / keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
- Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca dan pemilihan kata yang betul.
- Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.


  2.0  Panduan Umum Menjawab Soalan

    2.1  Teliti Bahan 
- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

    2.2  Membina Ayat
- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
- Bina ayat-ayat tentang maklumat  tersurat.
- Membina ayat-ayat tersirat sebagai  pelengkap atau ayat utama.
- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada bahan grafik.
- Boleh menamakan watak.
- Susun ayat mengikut keutamaan isi.    

    2.3  Struktur Ayat 
- Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
- Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
- Membina ayat tunggal atau ayat   majmuk.
- Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja. 
- Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan  dengan bahan grafik   

    2.4  Menyemak Semula 
- Semak dengan membaca semula ayat.
- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

    2.5  Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik 
- Kenal pasti  kata kerja  & kata adjektif  dalam gambar.
- Tulis kata kerja  & kata  adjektif  dalam gambar. (Kertas soalan).
- Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif 

    2.6  Isi Tersurat dan Isi Tersirat 
- Perkara-perkara atau aktiviti yang  terdapat atau yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali  sebagai maklumat tersurat.
- Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar dikenali sebagai maklumat tersirat.    


  Contoh Soalan Bahagian A

  BAHAGIAN A
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]
[10 markah]

  Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:

 Contoh 1:


  Aktiviti / Kata Kerja
  -  Mengutip
  -  Mencangkul
  -  Mencabut
  -  Membuang
  -  Menyorong

  Konsep Memperluas ayat
  -  Adik menangis.
  -  Adik menangis kerana demam.
  -  Adik menangis kerana demam campak.
  -  Adik menangis tersesak-esak kerana demam campak.
  -  Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana demam campak.
  -  Adik menangis teresak-esak di atas katil kerana demam campak sejak semalam.

  Contoh 2:


  Teknik: 
Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar.
-  Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.
-  Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama dan kata adjektif yang dicatatkan.
-  Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea.
-  Membina lima ayat.

  Contoh 3:
  Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

  

  Teknik: 
Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif  berdasarkan gambar.
-  Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.
-  Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata nama dan kata  adjektif yang dicatatkan.
-  Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat (huraian)  dalam ayat yang akan dibina.
Membina lima ayat.

  Mencatatkan Perkataan:


  Membina lima ayat:

  1.  Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.

  2.  Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam kertas peperiksaan  dengan penuh keyakinan.

  3.  Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang.

  4.  Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan.

  5.  Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada Hari Penyampaian Hadiah.


 SELAMAT MENJAWAB.
*sebahagian sumber dirujuk daripada: http://www.cemerlangbm.com/upsr_kertas2_a.html






















 













15 comments:

  1. Tahniah cikgu! Satu perkongsian ilmu yang sangat baik. Teruskan usaha murni cikgu. Moga dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu...banyak maklumat yg boleh dikongsikan di sini...saya pun guru BM tahap 2 juga..

    ReplyDelete
  3. Sama-sama..
    pengalaman kita berbeza, saya mengajar dulu sekolah jenis kebangsaan tamil, kemudian cina dan sekarang sekolah Kebangsaan... ini menggabungkan pengalaman di samping mencari sumber lain. semoga dapat memberi manfaat sedikit banyak kepada orang lain.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ,maklumat yang boleh dikongsikan bersama

    ReplyDelete
  5. sama-sama..
    semoga bermanfaat sedikit maklumat.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana memaparkan blog yang bermanfaat untuk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  7. blog menarik dan cantik. Maklumat tepat dan teliti.

    ReplyDelete
  8. Blog yang menarik dan banyak informasi. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Blog cikgu padat dengan maklumat yang berguna.

    ReplyDelete
  10. Maklumat yang dikongsi bersama sungguh berguna bagi murid. Pastinya murid-murid mendapat manfaat.

    ReplyDelete
  11. blog yang amat berguna dan menarik untuk rujukan para guru..tahniah yer..

    ReplyDelete
  12. Harap2 dapat dimanfaatkan oleh semua.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete