Wednesday, October 10, 2012

Falsafah Pendidikan Negara


Suatu falsafah telah digubal pada 1987 dan diperkenalkan pada 1988 iaitu Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Namun begitu, FPN ini telah dimurnikan pada 1996 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).  Berikut adalah pernyataan FPK;

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan  potensi individu secara menyeluruh  dan bersepadu untuk mewujudkan insan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Jadi, bagaimanakah keberkesanan yang terhasil daripada falsafah yang telah lebih dari sedekad diperkenalkan itu  pada hari ini... Sekadar untuk kita fikirkan bersama.

Monday, October 8, 2012

Peranan Siapa?

As'salam
Dalam membentuk anak-anak didik, anak bangsa menjadi manusia yang cemerlang sebenarnya terletak kepada tanggungjawab bersama.
Dalam hal ini peranan siapakah yang lebih utama? Jika di sekolah para guru bertungkus lumus mengajar mengenal 3M, selepas sesi persekolahan adakah semua yang diajarkan guru di sekolah akan diteruskan di rumah? Mungkin sesetengah daripada kita yang prihatin akan sama membantu tetapi ada juga tidak kesah akan peranan membantu anak-anak belajar.. Mungkin ada juga anak yang boleh berdikari dan tanpa perlu bantuan. Mungkin juga ibu bapa hari ini sibuk dengan tugas. Mungkin juga anak-anak di rumah lebih banyak menonton, bermain, melepak,tidak kurang juga yang dipaksa bantu kerja-kerja keluarganya. Ingatlah anak-anak kita adalah aset kecemerlangan masa depan. Jika tidak bermula hari ini, manakan berlaku hari esok.
Sekadar beri pandangan.

Saturday, October 6, 2012

Selingan

Penggunaan kata yang sesuai amat perlu. Sejauh manakah kita peka terhadap penggunaan kata yang betul dalam komunikasi seharian. Malahan dalam cara kita berkomunikasi masih mempunya bahasa yang tidak standard, rojak, pasar, atau slanga.
Selain itu, bahasa yang digunapakai dalam media juga turut mempunyai kesalahan-kesalahan. Ia ditambahkan dengan pelbagai media lain seperti facebook, sms, dan sebagainya yang menggunakan bahasa yang mudah dan ringkas.
Jika kita amati mungkinkah suatu hari nanti, bahasa yang kita bangga-banggakan dan termaktub untuk Perlembagaan negara dalam Artikel 153 akan terhapus juga suatu hari nanti. Cuma memberi pandangan, mungkin suatu hari tiada lagi bahasa Melayu kita yang akan memaparkan jati diri kita.

Thursday, October 4, 2012

Suatu Masa

Suatu masa dahulu
kitalah bergelar murid
murid yang baik, nakal, dan setia
bila guru sedang mengajar.

Suatu masa dulu
kitalah bergelar pelajar
pelajar yang aktif, bercinta
dan sentiasa memberontak mencari identiti sendiri.

Suatu masa kemudian
kita masih lagi berlegar dalam alam persekolahan,
cuma kini
sebagai guru.
Bagaimana rasanya menjadi guru kini sepertimana
kita terdahulu pernah menjadi murid dan pelajar.

Peribahasa 1

Kita kaya dengan budaya dan bahasa..
Banyak peribahasa (1) yang ada seperti Simpulan Bahasa dan Perumpamaan sebagai pemudah dan berkias bahasa agar tidak menyinggung halwa telinga pendengarnya. Tapi, berapa banyakkah antara kita masih mengingati bahasa-bahasa yang sebegini.


Peribahasa  Maksud Peribahasa 
Ada hati  Keinginan 
Alah bisa tegal biasa  Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa 
Alang-alang mandi biar basah Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan
Ambil berat Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu
Ambil langkah Mula hendak bertindak
Anak buah Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab seseorang
Anak emas Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa.
Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka)
Bagai anjing buruk kepala Orang yang telah diketahui kejahatannya ke mana pergi dihinakan orang juga
Bagai bulan dipagari bintang Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik.
Bagai bulan empat belas Peri keelokan muka perempuan
Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar
Bagai layang-layang putus tali Sudah putus harapan
Bagai minyak dengan air Orang bermusuhan atau tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
Bagai murai dicabut ekor Perempuan yang suka bercakap banyak
Bagai pucuk dilancarkan Sangat laju atau luncur perginya
Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka
Baik berjagiung-jagung sementara menanti padi masak Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Bersusah payah dahulu kemudian baru  bersenang-senang
Berkatakanlah besar walaupun pahit Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang
Berpeluk tubuh Berdakap tubuh; tidak membuat apa-apa kerja
Berpeluk tubuh Hanya memandang dari jauh sahaja, tidak melalukakan apa-apa hanya melihat sahaja.
Bersatu teguh bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah.
Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
Besar hati Bangga, gembira, bongkak, sombong
Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanbggung malu
Buah fikiran Pendapat
Buah hati Orang yang dikasihi
Buah mulut Percakapan orang,
Buah tangan Hasil pekerjaan; barang yang dibawa daripada perjalanan; ole-ole
Bulat hati Lurus hati, teguh hati ,sungguh-sungguh
Dalam tangan dalam kekuasaan seseorang
Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah
Darah panas Pemarah, lekas marah
Diam-diam ubu berisi, diam-diam besi berkarat Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja
Hancur hati Sedih; putus asa
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lamapun dia telah mati.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya
Hidup ini satu perlumbaan Dalam kehiduoan seharian, kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat
Indah khabar daripada rupa Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan
Jauhari juga yang mengenal manikam Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu
Kaki ayam Tidak berkasut atau berselipar
Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar tidak akan berhasil lagi.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya Tidak tercapai cita-cita jika tidak berusaha
Kancil juga lupakan jerat Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam
Kata dikota Janji mesti ditunaikan
Kata-kata yang lebih tajam daripada mata pedang Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan
Kebudayaan sendi perpaduan Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa
Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja
Makan angin Bersiar-siar untuk mendapatkan angin; melapangkan fikiran
Manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak.
Masa itu emas Masa sangat berharga
Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
Mencari akal Berusaha mendapatkan cara untuk mencapai tujuan
Muafakat membawa berkat Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.
Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjut; tidak dapat diubah lagi.
Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
Padang jarak padang terkukur Padang atau tanah luas yaditinggalkan
Putih mata Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang)
Putus asa Habis harapan (tiada harapan lagi
Rezeki kalau secupak takkkan jadi segantang Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya
Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas
Sayang akan tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong
Sepakat membawa berkat Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik
Seperti enai dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja
Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat; pantas atau cekap membuat kerja
Sudah terhantuk baru terngadah Sesudah terkena baru beringat-ingat
Tajam akal Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar , cerdik
Tali barut Orang yang menjadi ampama 9penyampai rahsia orang lain), barua
Tangan terbuka Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati
Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan untuk membangunkan negara
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis.
Terang hati Terang fikiran; mudah mengerti
Tulang empat kerat Anggota badan
Ukur baju di badan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita
Umpama telur sesangkak, pecah satu pecah semuanya Orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya.

Tugasan KRT3013

KRT3013

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30