Wednesday, December 12, 2012

Panduan Penulisan BM UPSR Bahagian B


Kepentingan kemahiran penulisan karangan dalam kalangan pelajar.
1. Menguji murid tentang kefahaman tentang sesuatu tajuk yang diberi.
2. Menilai kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menghasilkan karangan
yang menarik dan berkesan.
3. Menilai kematangan murid dalam melahirkan pendapat dan idea tentang
sesuatu tajuk dalam bentuk penulisan.

Format Umum Karangan Bahasa Melayu UPSR.

Pemerengganan
1. Perenggan terbahagi kepada tiga bahagian atau komponen iaitu:
a) perenggan pengenalan,
b) perenggan isi, dan
c) perenggan penutup.
2. Setiap bahagian tersebut mempunyai kandungan dan status ayat yang
berbeza sifat dan fungsinya.

Perenggan Pengenalan
Bahagian awal penulisan yang memperkenalkan pembaca kepada apa yang hendak diutarakan, dibuat secara ringkas tetapi menarik.

Perenggan Isi
1. Idea atau intipati kepada persoalan atau tajuk.
2. Memerlukan empat isi.
3. Mesti mengandungi isi utama,huraian dan contoh.
4. Isi ditulis dalam perenggan yang berbeza.
5. Isi hanya memperkatakan tentang tajuk.
6. Isi yang tidak berkaitan dengan tajuk dianggap terpesong.

Perenggan penutup
1. Ditulis pada akhir perenggan.
2. Merupakan kesimpulan atau rumusan kepada isi.
3. Berfungsi sebagai ayat penyudah sesuatu perkara yang dibicarakan agar tidak
tergantung atau berhenti secara tiba-tiba.


Strategi dan teknik penulisan karangan yang baik.

Sebelum Menulis
1. Terdapat 3 pilihan, pilih tajuk yang paling sesuai dengan kemampuan diri.
2. Fahami tajuk yang dipilih,garis kata kunci yang terdapat dalam stem soalan.
3. Cari dan senaraikan isi / idea-idea yang penting.
4. Sediakan kerangka karangan.

Semasa Menulis
1. Buat pendahuluan yang baik berkaitan dengan tajuk karangan.
2. Satu idea atau isi satu perenggan.
3. Pastikan ada penutup (merumus idea-idea utama)
4. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
5. Penggunaan simpulan bahasa, peribahasa bahasa, bahasa kiasan dan kosa kata yang meluas dapat meningkatkan impression terhadap karangan.

Selepas Menulis
1. Baiki tulisan/ejaan yang tidak jelas.
2. Semak imbuhan, ejaan, tanda baca keseluruhan karangan.
3. Semak struktur ayat.
4. Pastikan idea tidak tertinggal


BENTUK DAN JENIS KARANGAN BAHASA MELAYU UPSR (SR).

FORMAT RASMI
FORMAT UMUM
1. Surat Kiriman
1. Fakta
2. Berita
2. Autobiografi
3. Ucapan
3. Biografi
4. Syarahan
4. Keperihalan
5. Perbahasan
5. Perbincangan
6. Dialog
6. Sambung cerita
7. Catatan
7. Peribahasa
8. Laporan
8. Cerita / Cereka

No comments:

Post a Comment