Thursday, December 13, 2012

Panduan Umum Penulisan BM UPSR Bahagian C


Pengenalan
·                     Pentaksiran Bahagian C berobjektif agar pelajar dapat memahami dan mengulas bahan sastera atau cerita sama ada prosa atau puisi.
·                     Bahagian ini akan mengemukakan pelbagai petikan berunsur sastera atau cerita sama ada prosa atau puisi.
·                     Bahan ransangan yang diuji berdasarkan cerita pendek, skrip dialog, sajak, pantun, syair dan sebagainya.
·                     Pelajar dikendaki menulis mengikut kehendak soalan dalam satu perenggan yang panjangnya tidak kurang daripada 40 patah perkataan.
·                     Ayat yang dibina mestilah gramatis dan bersesuaian dengan petikan yang diberikan.
·                     Ayat juga mestilah menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan petikan tersebut.
·                     Pelajar mesti memastikan penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
·                     Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 20 markah.
·                     Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 20 markah.
·                     Cara penulisan jawapan mestilah dalam satu perenggan.




CADANGAN PENSKORAN BAHAGIAN C


PENSKORAN


CADANGAN MARKAH

CIRI-CIRI



CEMERLANG



16-20
·            Menulis ulasan dengan ayat yang gramatis dan berdasarkan petikan yang diuji.
·            Ayat yang dibina menggunakan pelbagai kata dan perbendaharaan kata yang meluas serta berdasarkan bahan petikan yang diuji.
·            Memastikan ejaan dan tanda baca yang betul dalam pembinaan ayat tersebut.




BAIK




12-15
·            Ayat yang dibina oleh pelajar jelas dan masih berdasarkan bahan petikan yang diuji.
·            Perbendaharaan kata dalam tahap sederhana tetapi ayat masih berdasarkan bahan petikan yang diuji.
·            Ayat yang dibina terdapat kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak mengubah maksud ayat.



MEMUASKAN



8-11
·            Ayat yang dibina amat mudah dan ringkas tetapi masih sesuai dengan petikan yang diuji.
·            Menggunakan pelbagai kata dan penggunaan perbendaharaan kata yang terhad tetapi ayat masih sesuai dengan petikan.
·            Ayat yang dibina menunjukkan banyak kesalahan dalam aspek ejaan dan tanda baca.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM

7 Ke bawah
·            Ayat yang dibina tidak berkaitan dengan bahan petikan yang diuji.
·            Tidak menguasai aspek ejaan dan tanda baca.


TEKNIK DaSSDA

  Daripada pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah_________________________________________________________________________­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­______________________________________________________________________________.
Selain itu,_____________________________________________________________________   
Saya juga berpendapat, ______________________________________________________
Di samping itu,________________________________________________________________
Akhir sekali,__________________________________________________________________


*Kita dinasihatkan supaya mencontohi amalan baik seperti mana yang dinyatakan.


**Masukkan kata bantu yang bersesuaian seperti berikut:


  1. Kita haruslah
  2. Kita mestilah
  3. Kita patutlah
  4. Kita hendaklah
  5. Kita perlulah
***Untuk mengukuhkan pendapat kita, boleh juga kita masukkan peneguhan dan contoh yang sesuai.

****Pelajar juga digalakkan menggunakan kata sendi dalam menulis penulisan nilai murni ini.







No comments:

Post a Comment